Wednesday 19 December 2012

Tiga Serangkai Sendi Agama

TAUHID Iman Ertinya percaya kpd wujudnya : 1. Allah yg mentadbir sekalian alam, 2. Malaikat sbg pegawai2 tadbir, 3. Kitab sbg perlembagaan hidup manusia, 4. Rasul sbg utusan Allah utk menyelamatkan manusia dr kesesatan, 5. Hari akhirat sbg tempat pembalasan bagi usaha manusia d dunia, 6. Ketentetuan Allah sepjg hidup manusia. Sifat Allah 1. Sifat nafsiah ada satu, 2. Sifat salbiah terdpt lima, 3. Sifat maani terdpt tujuh, dan 4. Sifat maknawiah terdpt tujuh juga. Sifat Rasul 1. Siddiq ertinya benar, Rasulullah mesti bercakap benar, 2. Amanah ertinya dpercayai, Rasulullah membuat apa yg dtugaskan, 3. Tabligh ertinya menyampaikan, Rasulullah menyampaikan dakwah kpd semua lapisan masyarakat, 4. Fatanah ertinya bijaksana, Rasulullah pandai mengatur strategi. Kitab 1. Zabur dturunkan kpd Nabi Daud, 2. Taurat dturunkan kpd Nabi Musa, 3. Injil dturunkan kpd Nabi Isa, 4. Al Quran dturunkan kpd Nabi Muhammad. FEKAH Ibadah Terdpt dua btk ibadah ; 1. Hablumminallah : Persembahan peribadi muslim terhdp Allah, 2. Hablumminannas : Kerja yg bersangkut-paut dgn masyarakat yg dpersembahkan kpd Allah agar mendpt keredhaan-Nya. Hukum Allah 1. Wajib : Buat dpt pahala, tinggalkannya berdosa ertinya mesti buat, 2. Sunat : Buat dpt pahala, dtinggalkan tak mengapa, kedudukannya eloklah buat, 3. Haram : Buat berdosa, dtinggalkan dpt pahala ertinya mesti dtinggalkan, 4. Makruh : Buat tak berdosa ttp kalau dtinggalkan dpt pahala kedudukannya eloklah dtinggalkan, 5. Harus : Terpulang kpd individu sama ada hendak buat atau tidak Perintah Wajib 1. Fardhu Ain : Setiap individu yg mukallaf tidak terkecuali dr melakukannnya, 2. Fardhu Kifayah : Dwajibkan kpd org yg berkelayakan shj utk melakukannya. Org yg tidsak mampu terlps dr perintah itu. Harus blh djadikan ibadah, syaratnya ; 1. Niat mesti betul dgn kehendak Allah, 2. Perkara yg hendak dlakukan itu hendaklah yg dbenarkan oleh syarak, 3. Perlaksanaannya hendaklah sebgmn yg dgariskan oleh syarak, 4. Natijah (Hasil) dr kerja itu memberi manfaat kpd masyarakat lain, dan 5. Tidak meninggalkan (cuai) ibadah wajib atau fardhu ain. TASAWWUF Tasawwuf, utk mengetahui keadaan hati ; mana yg terpuji dan wajib dlaksanakan spt ; sabar, bersyukur, dermawan, baiknya budi pekerti, berkata yg benar, baiknya bergaul, ikhlas dan lain2nya, serta mana yg tercela wajib djauhi spt ; hiqid (mengkal dlm hati), dengki, suka menipu, sombong, ria', pemarah, niat bermusuhan, benci-membenci, bakhil dsb. ERFAN HJ. M.A. GHANI, KUALA LUMPUR (Dsalin dr poster yg dbeli dr penjual jalanan lama dahulu.. sblm dmusnahkan)

Tuesday 5 April 2011

Tazkirah 2 : Binalah Iman dan Taqwa (Sambungan)

Generasi Misali Buah Taqwa

Anakku

Kamu tentu masih ingat cerita seorg gadis anak pemerah susu d zmn Khalifah Umar Al Khattab...Dsbbkan iman dqn taqwa yg tinggi, gadia tersbt menolak cadangan ibunya spy mencampurkan air ke dlm susu yg ingin djual. Meskipun gadis itu tidak menyedari Khalifah Umar sdg menyamar diri dan bersembunyi mendgr perbualannya, dia yg memiliki ketaqwaan yg tinggi tetap berlaku jujur.

Ibunya terus mendesak, "Campurkan sikit saja air, spy kita blh menambah bilangan botol yg berisi susu utk djual." "Tak blh begitu ibu, kan Khalifah Umar tlh melarang menipu dgn mencampurkan air ke dlm susu yg djual," tegas bunyi bantahan si gadis. "Bknkah Khalifah Umar tidak tahu atau tidak nampak apa yg kita lakukan," si ibu terus mendesak dan berkeras. "Walaupun Khalifah Umar tidak melihatnya, tp Allah Maha Mengetahui dan Melihat! Tidak takutkah ibu pd hukuman Allah", begitu yakin si gadis dgn pendiriannya.

Khalifah Umar al Khattab kagum dgn perbualan tersbt. Beliau lantas pulang dan menawarkan kpd putera2nya utk mengambil gadis anak pemerah susu itu sbg isteri. Khalifah Umar yakin gadis itu akan menjadi isteri solehah d atas keimanan dan taqwa yg tinggi. Salah seorg puteranya yg blm berkahwin setuju dgn cadangan itu. Mmg benar, gadis itu tlh menjadi isteri yg baik dan darinya lahir keturunan yg baik. Yg dr anak perempuanya pula lahir seorg putera yg juga menjadi khalifah terkenal iaitu Khalifah Umar Abdul Aziz. Begitulah antara kesan iman dan taqwa yg besar perananya dlm pembangunan hidup insan.


Taqwa Menyuluh Jalan

Anak gadisku yg dkasihi krn Allah

Kamulah serikandi harapan ibunda! Bakal membawa generasi seangkatan kembali menyusuri jln kebenaran. Kekuatan iman dan taqwa yg tinggi serta keikhlasan yg tulin akan memampukan kamu memberi pemahaman nilai Islam secara tepat, lengkap lagi bersih drp sbrg pengaruh nafsu. Hindarilah dr mencampuradukkan akhlak mulia dgn hal2 tidak bermoral. Perlihatkanlah kpd insan lain, bhw seluruh kehidupan insan akan terhindar drp sikap ego dan jahil terhdp hak serta kehormatan setiap individu. Anjurkanlah kesepakatan serta saling bantu membantu dlm kehidupan bermasyarakat. Jauhi perlakuan tidak adil walaupun terhdp golongan lemah, berilah pertolongan tanpa dminta.

Ketahuilah anakku,

Setiap yg bertaqwa dgn keimanan yg tinggi pasti akan memiliki pendirian yg teguh. Org yg lemah keimanannya, kabur dlm menentukan matlamat hidupnya. Adakalanya terdorong ke kanan, sesekali pula terperesok ke kiri. Dlm jiwanya sentiasa timbul pertentangan dlm membuat pilihan antara kesesuaian utk diri dan pilihan ramai. Mari kita teliti cerita berikut...;

Seorg tua, anak lelakinya dan seekor keldai sdg berjln. Org tua itu lantas menaiki keldai, sdg anaknya berjln kaki d belakangnya. Apabila melintasi kelompok wanita, org tua itu dcaci krn dianggap tidak kasihan kpd anaknya. Lalu dtukar anaknya pula menaiki keldai, sdg si bapa berjln mengiringi keldai. Bilamana melintasi kelompok kaum lelaki, anak itu pula yg dcela krn tidak tahu menghormati org tua. Kemudian kedua2 org tua dan si anak sama mengenderai keldai. Lalu org2 yg kasihan kpd binatang sama2 pula mencela kedua2nya. Akhirnya si anak mencadangkan kpd bapanya spy ddokong saja keldai itu, nanti tidaklah lagi dcela org ramai. Org tua itu tidak setuju, lantas menjwb; "Kalau kita dokong keldai ini, kita nanti terlalu letih malahan org ramai akan menuduh kita boidoh dan gila! Tidak ada jln yg dpt kita buat utk memuaskan hati semua org."

Fahamilah anak2ku

Org yg beriman dan bertaqwa akan dpt membebaskan diri dr belenggu keresahan. Dia tidak runsing samada org ranai menyenangi ataupun tidak setiap tindakannya. Yg menjadi tumpuan adalah utk mendpt keredhaan Allah. Bknkah berbeza antara org yg ada pendirian teguh dgn org yg tidak pasti hala tuju? Bagi org yg beriman dlm perjalanan mencapai tujuan hidupnya, tidak ada yg sukar. Segala yg pahit dan getir menjadi manis. Pengorbanan drasai ringan. Malahan apa2 juga cabaran dhadapi dgn tenang. Tiada rasa takut maupun cemas.

Anakku

Tepatilah ciri2 org muttaqin iaitu org yg mempunyai rasa takut dan malu kpd Allah swt dlm keadaan sembunyi atau terang2an. Bahkan mrk lbh takut kpd Allah tatkala dlm sembunyi. Malu terhdp Allah mengatasi malu kpd manusia. Dlm keadaan tiada dketahui sesiapa pun, mrk malu utk berbuat maksiat.

Jika mrk berbuat kesilapan krn lupa atau jahil, jiwa mrk menjadi gelisah mendesak fizikal bangun memohon keampunan. Keadaan ini dterangkan Allah dlm surah Al Anfal ayat 29 yg bermaksud; " Hai org2 yg beriman jika kamu bertaqwa kpd Allah nesnaya Dia akan memberikan kamu furqan (petunjuk yg dpt membezakan antara yg haq dan yg batil) dan menghapuskan segala kesalahanmu dan mengampuni dosa2mu. Dan Allah mempunyai kurnia yg besar."

Fikirkanlah dgn teliti, sekiranya manusia menepati sifat taqwa, tidak mungkin wujud dlm peribadinya akhlak buruk. Sudah tentu yg terserlah ialah akhlak mulia - 'husnul huluk'.

Akhlak Mulia

*Hati yg bersih dr sebrg kedengkian, berdendam dan irihti terhdp keberhasilan org lain.

*Lidah berkata jujur dan terpelihara drp mencela dan mengumpat.

*Mata djauhkan drp memandang yg dlarang oleh syara'.

*Perut tidak diisi dgn makanan yg haram atau dr sumber yg haram.

*Tgn terpelihara drp mengambil yg bkn haq sendiri.

*Kaki tidak menuju atau memijak tempat larangan.

*Amalan dlakukan bkn utk mencari sanjungan org lain. Segala yg dlakukan semata2 krn patuh kpd Allah.

Akhirnya ibu hrpkan agar dkau sentiasa merasakan Allah mengawasimu. Dia menguasai segala2nya dan memiliki segala isi langit dan bumi. Yakinlah akan kekuasaanNya, semoga kita sentiasa drahmati Allah swt.

Mari sama2 kita panjatkan doa;

"Ya ALlah sesungguhnya kami ini makhluk ciptaanMu. Bukakanlah pintu utk mentaatiMu. Dan tutuplah hari ini dgn ampunan serta keredhaanMu. Kurniakanlah kami kebaikan dan terimalah kebaikan dr kami. Bersihkan dan gandakanlah kebaikan itu utk kami. Ampunilah segala perbuatan buruk kami. Engkau saja yg Maha Pengampun, Maha Penyayang lagi Maha Pemurah."

Amin.


Ibnu Abbas r.a. pernah dtanya ttg siapakah org yg takut kpd Allah. Beliau menjwb :

"Mrk ialah org yg gembira hatinya dgn rasa takut. Mata mrk sentiasa basah berlinangan. Mrk berkata : Bgmn kita blh bersukaria sdgkan maut d blkg kita dan kubur d hadapan kita. Qiamat menjadi perjanjian pertemuan kita. Tidak lama lagi kita akan diadili Tuhan kita."


(Petikan drp buku Tazkirah Untuk Remaja : Anak-anakku Bangunlah oleh Noraini Eslah (Ummu Anas), terbitan Tinta Image, 2008, ms19-24.)

Tazkirah 2 : Binalah Iman dan Taqwa (Sambungan)

Iman Subur Akhlak Mulia

Anak gadisku yg terdidik dgn iman dan taqwa,

Ibu berhrp dkau mengerti betapa besarnya peranan iman dan taqwa pd diri dan akhlakmu. Sedarilah dirimu umpama mahaguru pd alam; sentiasa akan dperhati dan dcontohi. Usah lupa utk memberi perhatian terhdp perkembangan akhlakmu spy semakin meningkat seiring peningkatan usia.

Ingatlah setiap adap sopan yg pernah ibu ajarkan sedari kecil yg ibu petik dr kitab "Induk Persucian Diri" karangan Said Hawwa ;

*Layani kawan mahupun lawan sama adil. Usah terlalu merendah atau meninggi diri. Keterlaluan dlm salah satu sikap akan membawa kecelakaan.

*Jgn terlalu byk mengelamun atau memerhati org semasa d khalayak ramai. Semasa duduk hdklah tertib. Tidak kelihatan gelisah dgn byk mengusap pipi, dagu dan memainkan jari atau cincin d jari.

*Jgn mengorek gigi atau hidung. Byk meludah atau menghembus hingus. Dan jgn menghalau lalat dr muka atau selalu menggeliat badan dan menguap sepjg dlm majlis atau sembahyang.

*Dengarilah percakapan org lain dgn tenang tanpa menunjukkan ketakjuban yg berlebihan. Seandainya percakapan org lain melucukan hati, jgn dketawakan.

*Usah memuji2 kelebihan diri serta kelebihan ahli keluarga.

*Jgn berlebih2an dlm menghias diri, memadai dgn kemas dan bersih. Elakkan drp kelihatan mewah dan bermegah2.

*Rahsiakan harta dan wang simpanan spy tidak menimbulkan keinginan org lain yg rapat dgnmu.

*Jika berselisih fhm dgn org lain, hdklah segera bertenang. Hindari sikap keras hati dan jgn terlalu mengikut nafsu. Elakkan berckp sewaktu d puncak kemarahan.

*Sentiasalah bersopan santun kpd org yg lbh tua. Gunakan perkataan yg sedap ddgr, usah terlalu menunjuk2 kebolehan.

*Awas dan waspada dlm bergaul dgn kawan2 yg hy rapat sewaktu kita dlm kesenangan, krn ia adalah musuh yg plg kuat.

*Sewaktu dlm perbualan d khalayak ramai, elakkan terlalu mencungkil hal org lain. Krgkan terlalu berjenaka, krn ia akan menimbulkan aib serta menjatuhkan nilai diri serta mertabat.


Berhati2 Menjaga Iman

Anak gadisku yg ibu hrpkan menjadi muslimah sejati!

Segala persoalan hidup d dunia ini mesti berasas dan berpaksikan iman. Hakikat iman menurut ulama Ahlul Sunnah wal Jamaah ialah mengikrarkan dgn lisan, membenarkan dlm hati dan mengerjakan dgn anggota badan. Ketiga2 hal inilah yg melengkapkan pengertian iman. Kesemuanya saling berkaitan, tidak blh terpisah. Kecacatan salah satunya akan mencacatkan iman. Dgn kata lain, iman adalah keyakinan dan amal serta ucapan dan perbuatan. Adakalanya meningkat dan adakalanya menurun, bertepatan dgn maksud hadis; " Iman itu bisa bertambah atau berkrg, maka perbaharuilah imanmu dgn kalimah Laa ilaaha illallaah."

Manakala hati sbg tempat bersemayamnya iman berbtk tidak tetap dan berbolak balik. Hati d dlm bhs Arab dsebut qalbu yg berasal dr perkataan qolaba bermaksud terbolak balik. Oleh itu Rasulullah saw tlh mengajarkan spy berdoa; "Ya Allah, wahai zat yg Maha Membolak balikkan, tetapkanlah hatiku d dlm deenMu dan d dlm ketaatan kpdMu."

Memandangkan keadaan dan sifat iman yg demikian, kita tidak blh berpuas hati dgn keadaaan iman kita pd satu2 masa tertentu. Mesti ada dua perasaan, hrp dan cemas. Hrp akan Allah menetapkan kita dlm keimanan yg tinggi sehingga kita dpanggil kembali ke sisiNya. Cemas agar kita tidak dmatikan dlm keadaan iman yg lemah. Dr dua perasaan ini akan timbul rasa pergantungan diri dan jiwa kpd kekuasaan dan perhatian Allah Rabbul'alamin.

Seterusnya anakku yg dkasihi krn Allah,

Iman adalah sumber tenaga yg menberi kita kekuatan utk bergerak membawa kebaikan, kebenaran dan keindahan kpd insan sejagat. Juga bergerak mencegah kejahatan, kebatilan maupun kerosakan d permukaan bumi. Iman juga sifatnya menyuluh hati dan jiwa melaksanakan ketaatan kpd Allah dlm sembunyi maupun terang2an. Inilah asal mulanya wujud taqwa.

Iman mengubah watak individu menjadi baik dan kebaikan seluruhnya menjalar dlm kehidupan bermasyarakat. Yg kaya menjadi dermawan, yg miskin mampu bersabar, yg berkuasa menjadi adil serta yg alim bertambah taqwa. Manakala yg kuat menjadi penyayang, yg pintar merendah diri, hinggalah yg bodoh menjadi pembelajar. Begitulah kuatnya kesan iman dlm kedidupan.

Sejarah Islam sepjg 15 abad tlh mencatitkan kaum muslimin meraih kemenangan dlm berbagai peperangan. Pendokong deen Islam mampu membawa kemakmuran dan keadilan serta mengembangkan berbagai macam ilmu pengetahuan. Semua ini berlaku selama mana iman tlh mewarnai seluruh hidup dan pergaulan. Namun apabila iman hanya menjadi ucapan lisan dan tidak lagi menguasai jiwa dan fikiran, kekuatan tersebut lenyap sedikit demi seikit...

"Saat kejayaan adalah saat iman, dan saat keruntuhan adalah saat hilangnya iman. Sebagaimana iman menciptakan keajaiban dlm jiwa, spt itu juga iman menulis cerita keajaiban d alam nyata. Gelora dlm jiwapun menjelma menjadi prestasi sejarah." (Abul Hasan Ali An-Nadwi).

-bersambung

(Petikan dr buku Tazkirah Untuk remaja : Anak-anakku Bangunlah, karangan Noraini Eslah (Ummu Anas), terbitan Tinta Image, 2008, ms 16-19.)

Sunday 3 April 2011

Tazkirah 2 : Binalah Iman dan Taqwa

"Sesungguhnya org yg plg mulia d antara kamu d sisi Allah ialah org yg plg bertaqwa..." (QS Al-Hujurat : 13)

Anak2ku yg dkasihi dgn kasih Illahi,

Sentiasa ibu doakan agar kalian beroleh kesejahteraan, rahmat dan keridhaan Allah. D puncak ketulusan doa ibu, wajah kalian jelas tergambar d hati ibu. Begitulah ibu mengasihi kalian dgn doa dan restu meskipun kita berjauhan. Ketahuilah anak2ku, org plg ibu kasihi ialah dia yg sentiasa ddoakan dan dlihat dgn mata hati. Jarak kediaman yg jauh antara kita tidak spttnya menghalang keakraban hubungan hati dan talian kasih. Dlm keadaan begini ibu lbh merasai diri kalian adalah anugerah Allah yg plg berharga dan dhrpkan dpt membahagiakan hidup ibu d dunia dan d akhirat.

Anak gadisku,

Tanpa kita sedari masa terlalu cepat berlalu. Dirimu yg suatu ketika dulu masih kecil, comel, dan manja dlm pelukan ibu kini tlh menjadi gadis remaja yg mulai belajar erti hidup. Zaman yg kamu alami kini adalah zmn remaja yg penuh pancaroba, dugaan dan cabaran. Cabaran yg sering mengganggu iman dan hati. Juga mencabar perasaan dan nafsu serta kewibawaan tugas peribadimu. Ketika inilah dikau ingin merasai semua kesenangan dan kenikmatan hidup. Dirimu juga ingin menjadi manusia yg dpuja dan dminati.

Org Yg Beruntung

Anakku,

Sedarilah hakikat hidup spt yg dmaksudkan dlm surah Al-Asr, "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar2 d dlm kerugian, kecuali org2 yg beriman dan mengerjakan amal soleh. Dan nasihat-menasihati spy mentaati kebenaran, dan nasihat-menasihati spy menetapi kesabaran."

Hanyalah keimanan yg dpt memancarkan ke dlm hati, benih2 kebahagiaan yg drindui setiap diri. Dgn iman akan tercipta ketenangan, ketenteraman dan kepuasan zahir dan batin. Malahan hakikat kejadian dan penciptaan insan utk menerima tanggungjwb dgn dsertai nikmat yg mesti dsyukuri. Dgn iman juga setiap diri terdorong melakukan amal soleh yg dperintahkan dlm Islam. Hanya diri yg beriman dan beramal soleh mampu mengajak insan lain melaksanakan sebrg btk kebaikan.

Justeru itu anakku,

Kawallah dirimu dgn iman dan perindahkanlah akhlakmu dgn taqwa. Tanpa kawalan iman nescaya runtuhlah segala kekuatan dan hancurlah segala kebaikan. Hati2lah dlm berfikir dan bertindak. Batasi segala keinginan dgn rasa takut kpd Allah swt. Itulah dia taqwa yg menjurus diri dlm ketaatan dan kepatuhan. Ingatlah setiap org sentiasa dcatatkan semua amal perbuatannya. Walau sebesar biji sawi sekalipun, semuanya dlm pengetahuan Allah.

Hati Sihat Iman Subur

Anakku,

Ketahuilah, hati adalah tempat utk membina dan menyuburkan iman dan taqwa. Berilah perhatian yg lbh kpd kesihatan hatimu. Usah dbiarkan hatimu dhinggapi penyakit sehingga hati mati sdgkan jasad masih bernyawa. Ini bertepatan dgn maksud sabda Rasulullah saw : "D dlm diri seseorg ada seketul daging. Apabila ia baik baiklah diri itu keseluruhannya. Itulah dia qalbu (hati)."


Perhatikanlah peringatan seorg ulama bernama Ibrahim bin Adham yg menghuraikan sbb2 hati menjadi mati serta doa tidak dterima Allah swt :

* Anda tlh mengerti haq Allah, ttp anda enggan memenuhi apa yg menjadi haqNya.

* Anda membaca Al-Quran ttp anda enggan melaksanakan tuntutan serta melanggar segala batasan yg dhadkan.

* Anda khuatir akan nasib anda slps kematian, ttp anda tidak berusaha mencari bekalan persiapan menghadapinya.

* Anda mengatakan bhw anda mencintai Rasulullah, ttp tidak suka mengamalkan sunnah baginda.

* Anda tlh memahami bhw syaitan itu sbnrnya musuh manusia dan mesti dtentang habis2an ttp anda turuti lagi bisikan serta hasutannya.

* Dgn kealpaan maupun kesedaran anda masih senang melakukan keingkaran dan maksiat.

* Anda katakan anda takut dgn seksa neraka, tanpa dsedari anda menjerumuskan diri ke jln yg mendorong ke arah seksaan neraka.

* Anda katakan anda tlh beribadah dgn sebaik2nya utk utk mendpt keredhaan Allah serta balasan syurga, namun bgn shj drp tidur anda terus mendedahkan keaiban org lain. Dgn demikian Allah mencampakkan segala kebaikan anda. Maka segeralah anda membuat semakan agar tidak terlps dr rahmat Allah swt.

-Bersambung

(Petikan drp buku Tazkirah Untuk Remaja : Anak-anakku Bangunlah oleh Noraini Eslah (Ummu Anas), terbitan Tinta Image, 2008, ms 14-16)

Tuesday 1 March 2011

Emas kedua : Anda Mempunyai Segudang Nikmat

SESUNGGUHNYA BERSAMA KESULITAN ITU ADA KEMUDAHAN


Kelembutan Allah betapapun lama masanya terasa bagaikan kerdipan mata bila mata memejam


Saudariku, sesungguhnya sesudah kesulitan itu pasti ada kemudahan. Setelah titisan airmata pasti ada senyuman, dan setelah malam pasti akan datang siang. Sesungguhnya awan kelabu kesedihan pasti berlalu, pekatnya malam kesusahan pasti tersingkap, segala masalah pasti teratasi, dan segala bencana pasti akan berakhir dengan izin Allah.

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya engkau diganjari pahala. Jika engkau seorang ibu, anak-anakmu akan menjadi penyokong Islam, pelayan dan penyokong agama, jika engkau mampu mendidik mereka dengan pendidikan yang benar. Mereka akan berdoa untukmu dalam sujud-sujud dan malam-malam ibadah mereka. Sungguh suatu nikmat yang luar biasa menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang dan kelembutan. Dan cukuplah bagimu untuk merasa mulia dan bahagia bahawa ibu Nabi Muhammad saw adalah seorang ibu yang menghadiahkan bagi seluruh manusia seorang pemimpin agung dan rasul yang mulia.

Dan puteri Wahab itu telah menghadiahkan
kepada umat manusia
"Tangan Putih" (Nabi Muhammad saw)
yang merangkul bahu semua manusia

Saudariku, sebenarnya anda mampu menjadi dai'yah (penyeru kebaikan) di kalangan perempuan negeri anda. Serulah mereka dengan kalimat yang benar, nasihat yang baik dan penuh hikmah. Ajaklah mereka untuk berdialog dan berdiskusi. Tunjukkan pada mereka sikap yang bersahabat. Dan terakhir, bimbinglah mereka menuju risalah Allah dan RasulNya yang mulia. Sesungguhnya, wanita dengan perilakunya yang soleh dapat melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan dengan cara berkhutbah, berpidato, atau mengikuti pembelajaran.

Betapa banyak wanita selalu tetap dikenang, kerana menjadi rujukan dalam agama, rasa malu, hijab, akhlak yang baik, baik pada tetangga, dan taat pada suami. Kisah hidupnya yang harum akan terus diceritakan oleh kebanyakan orang, dijadikan nasihat di majlis-majlis dan ikutan yang selalu ingin ditiru oleh kaumnya.

Bekalan
Esok Akan Merekah Bunga Yang Harum Baunya Mengusir Segala Kesedihan dan Menjadi Penghibur Hati

Petikan dari buku tulisan Dr. 'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni, _Jangan Bersedih, JADILAH WANITA YANG PALING BAHAgIA, Khas untuk Wanita, ms 21 & 22, Penterjemah Muhammad Huzaifah, Penerbit Alhidayah Publishers, Cetakan Kedua 2006.

Saturday 22 January 2011

Muqoddimah : Tolong Menolong

Tazkirah ini dpetik drp penyampaian Ustaz Wan Sohor Bani Leman dlm rancangan kendaliannya d TV9, Muqadimmah siaran 9/12/2010 (*hari anakku bersunat = berkhitan).

UstazWS memetik kisah seorg biasa pd zmn dahulu yg bknlah miskin dan bkn juga kaya. Org itu melihat seorg saudagar yg kaya lalu berfikir, "kalau aku memiliki modal, aku juga blh berniaga spt saudagar itu dan dgn izin Allah aku juga blh menjadi kaya sptnya." Beliau bercdg utk berjumpa dgn saudagar trsbt utk meminta pertolongannya agar meminjamkannya sedikit modal. Beliau lalu berdoa kpd Allah meminta spy Allah melembutkan hati saudagar itu agar mahu menolongnya.

UstazWS menekankan : Dia mahu meminta pertolongan drp manusia ttp meminta Allah menolongnya dgn melembutkan hati saudagar itu agar mahu membantunya. Nak minta tolong dgn manusia ttp minta dgn Allah.

UstaWS melanjutkan lagi : Begitulah juga kalau dgn anak2 mahupun org lain, kita hdklah meminta pertolongan Allah utk melembutkan hati org2 trsbt krn Allahlah yg memiliki diri org itu dan Allah jugalah yg memiliki hatinya. Maka Allahlah yg berkuasa utk melembutkan hati2nya itu.

Kan ada doa : Ya muqollibal qulub! Tsabbit qalbi 'ala diinik(aa).
Wahai Tuhan yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku d atas agamamu.

UstazWS juga memberitahu, org yg mahu menolong org ni kita blh kenal rupa/dirinya. Dgn melihat kpdnya saja kita blh rasa dia blh/mahu menolong kita.

Pertolongan juga blh berlaku dlm berbg btk spt membuang sampah dr jalanan, bahkan kita berhenti memandu d simpang utk membiarkan kenderaan lain lalu dulu pun juga merupakan suatu pertolongan.

Slps berdoa, org itupun pergi berjumpa saudagar trsbt lalu berkata : "Tuan, saya lihat tuan ini kaya dan Allahlah yg tlh memberikan tuan kekayaaan ini. Mahukah tuan memberikan saya sedikit modal agar saya dpt berusaha spt tuan dan dgn izin Allah saya juga blh menjadi kaya spt tuan?"

Saudagar trsbt menjwb : "Kamu mahu meminjam modal drpku, siapakah penjaminmu?"

Jwb org itu : "(Wa kafaa billaahi kafiilaa) Dan cukuplah Allah sbg penjaminku"

Saudagar itu berkata : "Oh! Allah sbg penjaminmu dan siapakah yg lbh baik jaminannya selain Allah."

"Siapakah pula yg akan menjadi saksimu?"

Jwb org itu : "(Wa kafaa billaahi syahiidaa) Dan cukuplah Allah sbg saksiku"

Kata saudagar itu : "Oh! Allah sbg saksi dan siapakah yg lbh baik penyaksianNya selain drp Allah."

Saudagar itupun bersetuju memberikan org itu modal. Org itupun mengambil modal trsbt dan berjanji kpd saudagar itu : "Saya akan pergi berniaga dan mudah2an dgn izin Allah saya beroleh keuntungan. Nanti saya akan pulangkan modal tuan sebyk yg tuan pinjamkan ini pd tarikh' sekian2', tuan tunggulah saya di sini."

Beliau pun terus menaiki kapal lalu pergi berniaga dr satu pelabuhan ke satu pelabuhan sehingga beliau sudah pergi jauh dr tempat itu dan beliau tlh mendpt keuntungan. Stlh lama kemudian, hari yg djanjikan utk membayar balik pinjaman modal itu semakin hampir. Beliau teringat janjinya kpd saudagar trsbt. Beliau pun menunggu kapal utk kembali semula ke tempat saudagar itu. Tp dr hari ke hari tiada kapal yg lalu dan hari yg djanjikan itu tlh tiba.

Saudagar yg meminjamkan modal itupun, ingat akan janji yg dbuat oleh org itu dan keluar menunggunya dr sehari ke sehari ttp org itu tidak juga tiba.

Kata ustazWS, tempat beliau pergia itu jauh, tak tau berapa ribu km jauhnya dr tempat yg tlh dtinggalkannya, ibaratnya benua sblh sana dgn benua sblh sini.

Tiba pd suatu hari, org itu menunggu lagi ttp tiada juga kapal yg lalu. Tiba2 dia melihat ada sebtg tongkol kayu hanyut d laut d dpnnya. Lalu diambilnya tongkol kayu itu lalu dbelahnya. Kemudian dia memasukkan jumlah duit yg dpinjamnya drp saudagar trsbt dan sepucuk surat yg dtulisnya ke dlm belahan tongkol kayu itu: "Drp saya yg bernama 'sekian2' yg tlh meminjam modal sebyk 'sekian2' drp tuan yg bernama 'sekian2' pd tarikh 'sekian2', ini saya pulangkan modal tuan."

Dia membaca Bismillah dan berdoa kpd Allah : "Wahai Allah, sampaikanlah ini kpd saudagar itu", lalu dia melepaskan tongkol kayu itu d lautan.

Saudagar itu juga masih keluar dr rumah hari2 dan menunggu kedatangannya. Pd suatu hari saudagar itu melihat sebtg tongkol kayu timbul d dpnnya, krn org yg dtunggunya tidak tiba dia berfikir, "Drp aku balik kosong baik aku ambil kayu ini blh djadikan kayu api." Lalu dia mengambil tongkol kayu itu dan memikulnya pulang ke rumah. Sampai d rumah, dletaknya tongkol kayu itu d bwh dapur.

Suatu hari, isterinya hdk memasak dan kayu yg lain pun tlh habis, isterinya itu mengambil tongkol kayu trsbt lalu dbelahnya dan menjumpai wang dan surat org itu..

UstazWS mengingatkan : Tuan2 jgn buat mcm itu, iman tuan2 tidak setinggi iman kedua2 mrk itu..

Apa yg kita blh simpulkan drp kisah ini :

1. Apb hdk meminta pertolongan manusia hdklah meminta pertolongan Allah terlbh dahulu. Krn manusia itu hy perantara ttp Allahlah Penolong yg sbnr2nya.
2. Keimanan kedua2 mrk yg tinggi dan bnr terhdp Allah swt sehingga mrk yakin menjadikan/menerima Allah saja/semata2 sbg penjamin dan saksi.
3. Sifat benar org trsbt sehingga dia bnr d dlm niat, kata2 dan tindakannya tanpa menyeleweng.
(Dia kata dia nak modal utk berniaga, dia berniagalah, dia tak buat benda lain dan dia berniaga/berusaha betul2 tanpa menyia2kan modal/amanah yg dberi/pikul. Dia juga membayar balik pinjamannya. Tdk spt stgh2 org pd hari ini yg menyeleweng modal/pinjaman dan malahan mengelak drp membayar balik modal/pinjaman trsbt).
4. Allah hdk menunjukkan ma'unah (kemuliaan) org ini. Lantaran keimanan yg tinggi dan tidak berbelah bagi kpd Allah swt, sbb itulah tongkol kayu yg jauhnya entah berapa jauh itu blh sampai d dpn mata/ke tgn org yg spttnya.

Nota :

1/ Mukjizat - Perkara luar biasa yg berlaku kpd para nabi dan rasul.
2/ Karamah - Perkara luar biasa yg berlaku kpd para wali Allah.
3/ Ma'unah - Perkara luar biasa yg berlaku kpd org biasa (yg beriman).

4/ Istidraj - Perkara luar biasa yg berlaku kpd org biasa yg fasiq bertujuan utk menyesatkan dirinya dan org lain.