Tuesday 5 April 2011

Tazkirah 2 : Binalah Iman dan Taqwa (Sambungan)

Iman Subur Akhlak Mulia

Anak gadisku yg terdidik dgn iman dan taqwa,

Ibu berhrp dkau mengerti betapa besarnya peranan iman dan taqwa pd diri dan akhlakmu. Sedarilah dirimu umpama mahaguru pd alam; sentiasa akan dperhati dan dcontohi. Usah lupa utk memberi perhatian terhdp perkembangan akhlakmu spy semakin meningkat seiring peningkatan usia.

Ingatlah setiap adap sopan yg pernah ibu ajarkan sedari kecil yg ibu petik dr kitab "Induk Persucian Diri" karangan Said Hawwa ;

*Layani kawan mahupun lawan sama adil. Usah terlalu merendah atau meninggi diri. Keterlaluan dlm salah satu sikap akan membawa kecelakaan.

*Jgn terlalu byk mengelamun atau memerhati org semasa d khalayak ramai. Semasa duduk hdklah tertib. Tidak kelihatan gelisah dgn byk mengusap pipi, dagu dan memainkan jari atau cincin d jari.

*Jgn mengorek gigi atau hidung. Byk meludah atau menghembus hingus. Dan jgn menghalau lalat dr muka atau selalu menggeliat badan dan menguap sepjg dlm majlis atau sembahyang.

*Dengarilah percakapan org lain dgn tenang tanpa menunjukkan ketakjuban yg berlebihan. Seandainya percakapan org lain melucukan hati, jgn dketawakan.

*Usah memuji2 kelebihan diri serta kelebihan ahli keluarga.

*Jgn berlebih2an dlm menghias diri, memadai dgn kemas dan bersih. Elakkan drp kelihatan mewah dan bermegah2.

*Rahsiakan harta dan wang simpanan spy tidak menimbulkan keinginan org lain yg rapat dgnmu.

*Jika berselisih fhm dgn org lain, hdklah segera bertenang. Hindari sikap keras hati dan jgn terlalu mengikut nafsu. Elakkan berckp sewaktu d puncak kemarahan.

*Sentiasalah bersopan santun kpd org yg lbh tua. Gunakan perkataan yg sedap ddgr, usah terlalu menunjuk2 kebolehan.

*Awas dan waspada dlm bergaul dgn kawan2 yg hy rapat sewaktu kita dlm kesenangan, krn ia adalah musuh yg plg kuat.

*Sewaktu dlm perbualan d khalayak ramai, elakkan terlalu mencungkil hal org lain. Krgkan terlalu berjenaka, krn ia akan menimbulkan aib serta menjatuhkan nilai diri serta mertabat.


Berhati2 Menjaga Iman

Anak gadisku yg ibu hrpkan menjadi muslimah sejati!

Segala persoalan hidup d dunia ini mesti berasas dan berpaksikan iman. Hakikat iman menurut ulama Ahlul Sunnah wal Jamaah ialah mengikrarkan dgn lisan, membenarkan dlm hati dan mengerjakan dgn anggota badan. Ketiga2 hal inilah yg melengkapkan pengertian iman. Kesemuanya saling berkaitan, tidak blh terpisah. Kecacatan salah satunya akan mencacatkan iman. Dgn kata lain, iman adalah keyakinan dan amal serta ucapan dan perbuatan. Adakalanya meningkat dan adakalanya menurun, bertepatan dgn maksud hadis; " Iman itu bisa bertambah atau berkrg, maka perbaharuilah imanmu dgn kalimah Laa ilaaha illallaah."

Manakala hati sbg tempat bersemayamnya iman berbtk tidak tetap dan berbolak balik. Hati d dlm bhs Arab dsebut qalbu yg berasal dr perkataan qolaba bermaksud terbolak balik. Oleh itu Rasulullah saw tlh mengajarkan spy berdoa; "Ya Allah, wahai zat yg Maha Membolak balikkan, tetapkanlah hatiku d dlm deenMu dan d dlm ketaatan kpdMu."

Memandangkan keadaan dan sifat iman yg demikian, kita tidak blh berpuas hati dgn keadaaan iman kita pd satu2 masa tertentu. Mesti ada dua perasaan, hrp dan cemas. Hrp akan Allah menetapkan kita dlm keimanan yg tinggi sehingga kita dpanggil kembali ke sisiNya. Cemas agar kita tidak dmatikan dlm keadaan iman yg lemah. Dr dua perasaan ini akan timbul rasa pergantungan diri dan jiwa kpd kekuasaan dan perhatian Allah Rabbul'alamin.

Seterusnya anakku yg dkasihi krn Allah,

Iman adalah sumber tenaga yg menberi kita kekuatan utk bergerak membawa kebaikan, kebenaran dan keindahan kpd insan sejagat. Juga bergerak mencegah kejahatan, kebatilan maupun kerosakan d permukaan bumi. Iman juga sifatnya menyuluh hati dan jiwa melaksanakan ketaatan kpd Allah dlm sembunyi maupun terang2an. Inilah asal mulanya wujud taqwa.

Iman mengubah watak individu menjadi baik dan kebaikan seluruhnya menjalar dlm kehidupan bermasyarakat. Yg kaya menjadi dermawan, yg miskin mampu bersabar, yg berkuasa menjadi adil serta yg alim bertambah taqwa. Manakala yg kuat menjadi penyayang, yg pintar merendah diri, hinggalah yg bodoh menjadi pembelajar. Begitulah kuatnya kesan iman dlm kedidupan.

Sejarah Islam sepjg 15 abad tlh mencatitkan kaum muslimin meraih kemenangan dlm berbagai peperangan. Pendokong deen Islam mampu membawa kemakmuran dan keadilan serta mengembangkan berbagai macam ilmu pengetahuan. Semua ini berlaku selama mana iman tlh mewarnai seluruh hidup dan pergaulan. Namun apabila iman hanya menjadi ucapan lisan dan tidak lagi menguasai jiwa dan fikiran, kekuatan tersebut lenyap sedikit demi seikit...

"Saat kejayaan adalah saat iman, dan saat keruntuhan adalah saat hilangnya iman. Sebagaimana iman menciptakan keajaiban dlm jiwa, spt itu juga iman menulis cerita keajaiban d alam nyata. Gelora dlm jiwapun menjelma menjadi prestasi sejarah." (Abul Hasan Ali An-Nadwi).

-bersambung

(Petikan dr buku Tazkirah Untuk remaja : Anak-anakku Bangunlah, karangan Noraini Eslah (Ummu Anas), terbitan Tinta Image, 2008, ms 16-19.)

No comments:

Post a Comment