Saturday 22 January 2011

Muqoddimah : Tolong Menolong

Tazkirah ini dpetik drp penyampaian Ustaz Wan Sohor Bani Leman dlm rancangan kendaliannya d TV9, Muqadimmah siaran 9/12/2010 (*hari anakku bersunat = berkhitan).

UstazWS memetik kisah seorg biasa pd zmn dahulu yg bknlah miskin dan bkn juga kaya. Org itu melihat seorg saudagar yg kaya lalu berfikir, "kalau aku memiliki modal, aku juga blh berniaga spt saudagar itu dan dgn izin Allah aku juga blh menjadi kaya sptnya." Beliau bercdg utk berjumpa dgn saudagar trsbt utk meminta pertolongannya agar meminjamkannya sedikit modal. Beliau lalu berdoa kpd Allah meminta spy Allah melembutkan hati saudagar itu agar mahu menolongnya.

UstazWS menekankan : Dia mahu meminta pertolongan drp manusia ttp meminta Allah menolongnya dgn melembutkan hati saudagar itu agar mahu membantunya. Nak minta tolong dgn manusia ttp minta dgn Allah.

UstaWS melanjutkan lagi : Begitulah juga kalau dgn anak2 mahupun org lain, kita hdklah meminta pertolongan Allah utk melembutkan hati org2 trsbt krn Allahlah yg memiliki diri org itu dan Allah jugalah yg memiliki hatinya. Maka Allahlah yg berkuasa utk melembutkan hati2nya itu.

Kan ada doa : Ya muqollibal qulub! Tsabbit qalbi 'ala diinik(aa).
Wahai Tuhan yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku d atas agamamu.

UstazWS juga memberitahu, org yg mahu menolong org ni kita blh kenal rupa/dirinya. Dgn melihat kpdnya saja kita blh rasa dia blh/mahu menolong kita.

Pertolongan juga blh berlaku dlm berbg btk spt membuang sampah dr jalanan, bahkan kita berhenti memandu d simpang utk membiarkan kenderaan lain lalu dulu pun juga merupakan suatu pertolongan.

Slps berdoa, org itupun pergi berjumpa saudagar trsbt lalu berkata : "Tuan, saya lihat tuan ini kaya dan Allahlah yg tlh memberikan tuan kekayaaan ini. Mahukah tuan memberikan saya sedikit modal agar saya dpt berusaha spt tuan dan dgn izin Allah saya juga blh menjadi kaya spt tuan?"

Saudagar trsbt menjwb : "Kamu mahu meminjam modal drpku, siapakah penjaminmu?"

Jwb org itu : "(Wa kafaa billaahi kafiilaa) Dan cukuplah Allah sbg penjaminku"

Saudagar itu berkata : "Oh! Allah sbg penjaminmu dan siapakah yg lbh baik jaminannya selain Allah."

"Siapakah pula yg akan menjadi saksimu?"

Jwb org itu : "(Wa kafaa billaahi syahiidaa) Dan cukuplah Allah sbg saksiku"

Kata saudagar itu : "Oh! Allah sbg saksi dan siapakah yg lbh baik penyaksianNya selain drp Allah."

Saudagar itupun bersetuju memberikan org itu modal. Org itupun mengambil modal trsbt dan berjanji kpd saudagar itu : "Saya akan pergi berniaga dan mudah2an dgn izin Allah saya beroleh keuntungan. Nanti saya akan pulangkan modal tuan sebyk yg tuan pinjamkan ini pd tarikh' sekian2', tuan tunggulah saya di sini."

Beliau pun terus menaiki kapal lalu pergi berniaga dr satu pelabuhan ke satu pelabuhan sehingga beliau sudah pergi jauh dr tempat itu dan beliau tlh mendpt keuntungan. Stlh lama kemudian, hari yg djanjikan utk membayar balik pinjaman modal itu semakin hampir. Beliau teringat janjinya kpd saudagar trsbt. Beliau pun menunggu kapal utk kembali semula ke tempat saudagar itu. Tp dr hari ke hari tiada kapal yg lalu dan hari yg djanjikan itu tlh tiba.

Saudagar yg meminjamkan modal itupun, ingat akan janji yg dbuat oleh org itu dan keluar menunggunya dr sehari ke sehari ttp org itu tidak juga tiba.

Kata ustazWS, tempat beliau pergia itu jauh, tak tau berapa ribu km jauhnya dr tempat yg tlh dtinggalkannya, ibaratnya benua sblh sana dgn benua sblh sini.

Tiba pd suatu hari, org itu menunggu lagi ttp tiada juga kapal yg lalu. Tiba2 dia melihat ada sebtg tongkol kayu hanyut d laut d dpnnya. Lalu diambilnya tongkol kayu itu lalu dbelahnya. Kemudian dia memasukkan jumlah duit yg dpinjamnya drp saudagar trsbt dan sepucuk surat yg dtulisnya ke dlm belahan tongkol kayu itu: "Drp saya yg bernama 'sekian2' yg tlh meminjam modal sebyk 'sekian2' drp tuan yg bernama 'sekian2' pd tarikh 'sekian2', ini saya pulangkan modal tuan."

Dia membaca Bismillah dan berdoa kpd Allah : "Wahai Allah, sampaikanlah ini kpd saudagar itu", lalu dia melepaskan tongkol kayu itu d lautan.

Saudagar itu juga masih keluar dr rumah hari2 dan menunggu kedatangannya. Pd suatu hari saudagar itu melihat sebtg tongkol kayu timbul d dpnnya, krn org yg dtunggunya tidak tiba dia berfikir, "Drp aku balik kosong baik aku ambil kayu ini blh djadikan kayu api." Lalu dia mengambil tongkol kayu itu dan memikulnya pulang ke rumah. Sampai d rumah, dletaknya tongkol kayu itu d bwh dapur.

Suatu hari, isterinya hdk memasak dan kayu yg lain pun tlh habis, isterinya itu mengambil tongkol kayu trsbt lalu dbelahnya dan menjumpai wang dan surat org itu..

UstazWS mengingatkan : Tuan2 jgn buat mcm itu, iman tuan2 tidak setinggi iman kedua2 mrk itu..

Apa yg kita blh simpulkan drp kisah ini :

1. Apb hdk meminta pertolongan manusia hdklah meminta pertolongan Allah terlbh dahulu. Krn manusia itu hy perantara ttp Allahlah Penolong yg sbnr2nya.
2. Keimanan kedua2 mrk yg tinggi dan bnr terhdp Allah swt sehingga mrk yakin menjadikan/menerima Allah saja/semata2 sbg penjamin dan saksi.
3. Sifat benar org trsbt sehingga dia bnr d dlm niat, kata2 dan tindakannya tanpa menyeleweng.
(Dia kata dia nak modal utk berniaga, dia berniagalah, dia tak buat benda lain dan dia berniaga/berusaha betul2 tanpa menyia2kan modal/amanah yg dberi/pikul. Dia juga membayar balik pinjamannya. Tdk spt stgh2 org pd hari ini yg menyeleweng modal/pinjaman dan malahan mengelak drp membayar balik modal/pinjaman trsbt).
4. Allah hdk menunjukkan ma'unah (kemuliaan) org ini. Lantaran keimanan yg tinggi dan tidak berbelah bagi kpd Allah swt, sbb itulah tongkol kayu yg jauhnya entah berapa jauh itu blh sampai d dpn mata/ke tgn org yg spttnya.

Nota :

1/ Mukjizat - Perkara luar biasa yg berlaku kpd para nabi dan rasul.
2/ Karamah - Perkara luar biasa yg berlaku kpd para wali Allah.
3/ Ma'unah - Perkara luar biasa yg berlaku kpd org biasa (yg beriman).

4/ Istidraj - Perkara luar biasa yg berlaku kpd org biasa yg fasiq bertujuan utk menyesatkan dirinya dan org lain.

3 comments:

  1. Kenapa bila saya click link ke blog kak Yah dari blog saya, page yg lama (March 2010) yg keluar?

    ReplyDelete
  2. And now that dah jumpa post terbaru, tak boleh pula nak ke previous post. How aa?

    ReplyDelete
  3. 1/ Rasanya sbb, link ke blog Ky dr blog T tu adalah link ke blog asal iaitu blog lama ataupun blog yg mula2 sekali yg beralamat http://jalanyangkulalui.blogspot.com

    2/ Rasanya post terbaru yg T maksudkan ialah post ini drp blog ini iaitu blog yg terbaru yg beralamat http://jykl-halaqah.blogspot.com

    Blog terbaru ni Nahnu Wa Halaqah Ky baru tulis satu post so takdelah previous post.

    Tp Ky rasa T maksudkan dgn prev post tu ialah prev post utk blog Langkah Demi Langkah yg Ky tak/blm update.

    So Ky rasa T blh maintain link asal tu utk dtg ke blog utama Ky Langkah Demi Langkah dan klik link d blog Langkah Demi Langkah utk ke blog2 Ky yg lain.

    Then, bila dah berada d blog2 baru Ky yg lain dan nak pulak balik ke blog utama, T kena klik anak panah 'back' yg bertanda '<' d sblh atas kiri skrin.

    Ok kot mcm tu? Ky blmlah lagi terfikir cara yg lbh canggih utk menyelaraskan link2 blog2 Ky ni.

    ReplyDelete