Tuesday 5 April 2011

Tazkirah 2 : Binalah Iman dan Taqwa (Sambungan)

Generasi Misali Buah Taqwa

Anakku

Kamu tentu masih ingat cerita seorg gadis anak pemerah susu d zmn Khalifah Umar Al Khattab...Dsbbkan iman dqn taqwa yg tinggi, gadia tersbt menolak cadangan ibunya spy mencampurkan air ke dlm susu yg ingin djual. Meskipun gadis itu tidak menyedari Khalifah Umar sdg menyamar diri dan bersembunyi mendgr perbualannya, dia yg memiliki ketaqwaan yg tinggi tetap berlaku jujur.

Ibunya terus mendesak, "Campurkan sikit saja air, spy kita blh menambah bilangan botol yg berisi susu utk djual." "Tak blh begitu ibu, kan Khalifah Umar tlh melarang menipu dgn mencampurkan air ke dlm susu yg djual," tegas bunyi bantahan si gadis. "Bknkah Khalifah Umar tidak tahu atau tidak nampak apa yg kita lakukan," si ibu terus mendesak dan berkeras. "Walaupun Khalifah Umar tidak melihatnya, tp Allah Maha Mengetahui dan Melihat! Tidak takutkah ibu pd hukuman Allah", begitu yakin si gadis dgn pendiriannya.

Khalifah Umar al Khattab kagum dgn perbualan tersbt. Beliau lantas pulang dan menawarkan kpd putera2nya utk mengambil gadis anak pemerah susu itu sbg isteri. Khalifah Umar yakin gadis itu akan menjadi isteri solehah d atas keimanan dan taqwa yg tinggi. Salah seorg puteranya yg blm berkahwin setuju dgn cadangan itu. Mmg benar, gadis itu tlh menjadi isteri yg baik dan darinya lahir keturunan yg baik. Yg dr anak perempuanya pula lahir seorg putera yg juga menjadi khalifah terkenal iaitu Khalifah Umar Abdul Aziz. Begitulah antara kesan iman dan taqwa yg besar perananya dlm pembangunan hidup insan.


Taqwa Menyuluh Jalan

Anak gadisku yg dkasihi krn Allah

Kamulah serikandi harapan ibunda! Bakal membawa generasi seangkatan kembali menyusuri jln kebenaran. Kekuatan iman dan taqwa yg tinggi serta keikhlasan yg tulin akan memampukan kamu memberi pemahaman nilai Islam secara tepat, lengkap lagi bersih drp sbrg pengaruh nafsu. Hindarilah dr mencampuradukkan akhlak mulia dgn hal2 tidak bermoral. Perlihatkanlah kpd insan lain, bhw seluruh kehidupan insan akan terhindar drp sikap ego dan jahil terhdp hak serta kehormatan setiap individu. Anjurkanlah kesepakatan serta saling bantu membantu dlm kehidupan bermasyarakat. Jauhi perlakuan tidak adil walaupun terhdp golongan lemah, berilah pertolongan tanpa dminta.

Ketahuilah anakku,

Setiap yg bertaqwa dgn keimanan yg tinggi pasti akan memiliki pendirian yg teguh. Org yg lemah keimanannya, kabur dlm menentukan matlamat hidupnya. Adakalanya terdorong ke kanan, sesekali pula terperesok ke kiri. Dlm jiwanya sentiasa timbul pertentangan dlm membuat pilihan antara kesesuaian utk diri dan pilihan ramai. Mari kita teliti cerita berikut...;

Seorg tua, anak lelakinya dan seekor keldai sdg berjln. Org tua itu lantas menaiki keldai, sdg anaknya berjln kaki d belakangnya. Apabila melintasi kelompok wanita, org tua itu dcaci krn dianggap tidak kasihan kpd anaknya. Lalu dtukar anaknya pula menaiki keldai, sdg si bapa berjln mengiringi keldai. Bilamana melintasi kelompok kaum lelaki, anak itu pula yg dcela krn tidak tahu menghormati org tua. Kemudian kedua2 org tua dan si anak sama mengenderai keldai. Lalu org2 yg kasihan kpd binatang sama2 pula mencela kedua2nya. Akhirnya si anak mencadangkan kpd bapanya spy ddokong saja keldai itu, nanti tidaklah lagi dcela org ramai. Org tua itu tidak setuju, lantas menjwb; "Kalau kita dokong keldai ini, kita nanti terlalu letih malahan org ramai akan menuduh kita boidoh dan gila! Tidak ada jln yg dpt kita buat utk memuaskan hati semua org."

Fahamilah anak2ku

Org yg beriman dan bertaqwa akan dpt membebaskan diri dr belenggu keresahan. Dia tidak runsing samada org ranai menyenangi ataupun tidak setiap tindakannya. Yg menjadi tumpuan adalah utk mendpt keredhaan Allah. Bknkah berbeza antara org yg ada pendirian teguh dgn org yg tidak pasti hala tuju? Bagi org yg beriman dlm perjalanan mencapai tujuan hidupnya, tidak ada yg sukar. Segala yg pahit dan getir menjadi manis. Pengorbanan drasai ringan. Malahan apa2 juga cabaran dhadapi dgn tenang. Tiada rasa takut maupun cemas.

Anakku

Tepatilah ciri2 org muttaqin iaitu org yg mempunyai rasa takut dan malu kpd Allah swt dlm keadaan sembunyi atau terang2an. Bahkan mrk lbh takut kpd Allah tatkala dlm sembunyi. Malu terhdp Allah mengatasi malu kpd manusia. Dlm keadaan tiada dketahui sesiapa pun, mrk malu utk berbuat maksiat.

Jika mrk berbuat kesilapan krn lupa atau jahil, jiwa mrk menjadi gelisah mendesak fizikal bangun memohon keampunan. Keadaan ini dterangkan Allah dlm surah Al Anfal ayat 29 yg bermaksud; " Hai org2 yg beriman jika kamu bertaqwa kpd Allah nesnaya Dia akan memberikan kamu furqan (petunjuk yg dpt membezakan antara yg haq dan yg batil) dan menghapuskan segala kesalahanmu dan mengampuni dosa2mu. Dan Allah mempunyai kurnia yg besar."

Fikirkanlah dgn teliti, sekiranya manusia menepati sifat taqwa, tidak mungkin wujud dlm peribadinya akhlak buruk. Sudah tentu yg terserlah ialah akhlak mulia - 'husnul huluk'.

Akhlak Mulia

*Hati yg bersih dr sebrg kedengkian, berdendam dan irihti terhdp keberhasilan org lain.

*Lidah berkata jujur dan terpelihara drp mencela dan mengumpat.

*Mata djauhkan drp memandang yg dlarang oleh syara'.

*Perut tidak diisi dgn makanan yg haram atau dr sumber yg haram.

*Tgn terpelihara drp mengambil yg bkn haq sendiri.

*Kaki tidak menuju atau memijak tempat larangan.

*Amalan dlakukan bkn utk mencari sanjungan org lain. Segala yg dlakukan semata2 krn patuh kpd Allah.

Akhirnya ibu hrpkan agar dkau sentiasa merasakan Allah mengawasimu. Dia menguasai segala2nya dan memiliki segala isi langit dan bumi. Yakinlah akan kekuasaanNya, semoga kita sentiasa drahmati Allah swt.

Mari sama2 kita panjatkan doa;

"Ya ALlah sesungguhnya kami ini makhluk ciptaanMu. Bukakanlah pintu utk mentaatiMu. Dan tutuplah hari ini dgn ampunan serta keredhaanMu. Kurniakanlah kami kebaikan dan terimalah kebaikan dr kami. Bersihkan dan gandakanlah kebaikan itu utk kami. Ampunilah segala perbuatan buruk kami. Engkau saja yg Maha Pengampun, Maha Penyayang lagi Maha Pemurah."

Amin.


Ibnu Abbas r.a. pernah dtanya ttg siapakah org yg takut kpd Allah. Beliau menjwb :

"Mrk ialah org yg gembira hatinya dgn rasa takut. Mata mrk sentiasa basah berlinangan. Mrk berkata : Bgmn kita blh bersukaria sdgkan maut d blkg kita dan kubur d hadapan kita. Qiamat menjadi perjanjian pertemuan kita. Tidak lama lagi kita akan diadili Tuhan kita."


(Petikan drp buku Tazkirah Untuk Remaja : Anak-anakku Bangunlah oleh Noraini Eslah (Ummu Anas), terbitan Tinta Image, 2008, ms19-24.)

No comments:

Post a Comment